| 1 |
Pengguna boleh membuat pembelian setiap produk yang dipaparkan melalui DBPNiaga.my. |
| 2 |
Untuk membuat pembelian, pengguna perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menggunakan e-mel yang sah dan butiran diri yang sebenar. |
| 3 |
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan bertanggungjawab dalam mengendalikan setiap maklumat pengguna. |
| 4 |
Pembelian produk merupakan tanggungjawab pengguna dan DBP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan pembelian. |
| 5 |
Jika terdapat sebarang kesilapan pembelian, pengguna perlu memaklumkan kepada DBP dalam tempoh 12 jam waktu bekerja. |
| 6 |
DBP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan penghantaran kerana kesalahan maklumat penerima yang didaftarkan oleh pengguna. |
| 7 |
Proses pemulangan hanya boleh dibuat apabila,
a. Buku rosak atas faktor kecuaian pihak DBP atau kesalahan cetakan.
b. Penghantaran buku yang salah atas faktor kecuaian DBP.
|
| 8 |
Setiap pembelian tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan bayaran kecuali penukaran produk bergantung kepada terma dan syarat.
|
| 9 |
Tiada had pembelian yang dikenakan kepada pengguna dan proses pembelian ini berfungsi sepenuhnya secara dalam talian. |
| 10 |
Pembayaran akan dibuat melalui pemindahan akaun, kad kredit atau debit. |
| 11 |
Proses penghantaran akan dibuat dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja. Pengguna boleh menghubungi pihak DBP untuk mendapatkan maklumat penghantaran. |
| 12 |
Pembelian melalui DBPNiaga.my akan dikenakan kos penghantaran kecuali jika terdapat promosi tertentu sahaja. |
| 13 |
Segala urusan khidmat pelanggan hanya dalam waktu pejabat kecuali cuti umum. |
| 14 |
DBPNiaga.my berhak menggubal terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa mengeluarkan sebarang notis rasmi. |