| Sinopsis |
: |
... ketika itu orang Melayu Sarawak mula
mengembangkan sulaman benang emas ini sebagai lambang status dan kemewahan.
Setiap corak keringkam mempunyai maksud
tersendiri, ada yang melambangkan
kesuburan, kesejahteraan, dan perlindungan.
Pada zaman dahulu, wanita Melayu Sarawak menyulam keringkam dengan penuh kesabaran, selalunya mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan sehelai kain. Keringkam bukan hanya sekadar pakaian, tetapi hasil seni yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain, sebagai simbol kebanggaan dan kemewahan.
Namun kini, cabaran bagi Hassan ialah mengekalkan minat terhadap keringkam di tengah-tengah perubahan zaman. Generasi muda lebih tertarik dengan rekaan fesyen moden, keringkam semakin dilupakan. |